CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 23, 2011

...pilihan RAYA part I....

Assalamualaikum...

Sekarang ni mana2 pergi je akan kedengaran ayat ni “vote for me” atau “vote for si polan bin si polan” atau “nanti pergi mengundi ek (sambil menunjukkan gambar calon feveret mereka)” waima dalam bilik sekali pun. Kalo kat Mesir, rakyat da berjaya gulingkan presiden mereka, kat Malaysia pulak, pelajar2 universiti giat berpilihanraya. 

Setiap langkah je nampak gambar calon bertanding. Kat mana2 ada gambar dorang. Untung dorang, femes sekelip mata. Tak yah masuk realiti tv bagai. Kalo macam tu, aku nak bertanding jugak la (?) untuk tenure depan. Kalah pon tak pe, janji femes.

Time sebelum voting day la calon2 dan konco2 mereka be-RAYA. Ye la, lepas keputusan keluar dan mendapat tahu jumlah orang yang undi anda tidak la seramai yang mengundi calon yang menang, time tu raya pom da tak rase macam raya. Biase la babe adat bertanding (ayat penyedap hati). 

Kalo tenure depan anda bertanding lagi, confirm menang. Sebab anda da sah2 femes, plus calon yang kalah ni selalunya akan lebih popular dari calon yang menang. Sebab orang akan lebih berminat nak kenal calon yang kalah (jangan marah2 ye). Lagi pon, kalo anda menang, orang da tak kesah. So, make sure you ask your friend to nominate you for the next tenure.

Semasa berkempen, bermacam2 manifesto yang diuar2kan. Tapi, kalo nak taw dorang lunaskan ke tak manifesto dorang tu, tunggu... tata ^_^

Nota tangan : Voting day untuk tenure ni adalah hari mengundi terakhir aku sebagai pelajar. Untuk next tenure, aku da tak boleh mengundi sebab aku tak de kat uni (aku praktikal). So, impian aku nak bertanding sekaligus dikenali ramai hanya tinggal impian :-S

Tuesday, February 22, 2011

...comeback...

Assalamualaikum...
Agak lama ak tak update blog. Kalo labah2 boleh buat sarang kat blog aku ni, da berapa keturunan gamaknye yang mewarisi ‘sarang’ dorang ni. Di sini aku nyatakan beberapa faktor2 yang menyumbang kepada kejayaan labah2 tersebut mengembangkan keturunan dorang kat sini. Pertama, aku tersangat2 la tak rajin nak update blog. Dalam erti kata mudah AKU MALAS. Kadang2 terlupa bahawasanya dalam banyak2 blog kat dunia ni, 1 of them is mine. haish!!!.

Kedua, aktiviti lain yang melibatkan penggunaan komputer bergerakku ini + internet (selain daripada meng’update’ blog) lebih menarik minat aku. Especially computer game. Tempting habis. Bakal pakwe (?) lalu belakang pom tak perasaan. I can spent half of my day just playing computer game. Korang imagine macam mana tak ‘gian’ main computer game kalo dalam laptop ni ada 86 jenis games (aku kira semua game yang ada dalam laptop aku ni k).

Faktor terakhir ialah aku jenis yang cepat boring. Kawan2 ada blog, nak jugak rase ada blog. Bile da ada, awal2 je semangat. Rasa macam nak update hari2. Ok, that is too much Nur Azera. Tak de la tiap2 hari, tapi kalo boleh nak update setiap minggu.  Lepas 3/4 minggu, blog aku jadi tempat labah2 membina ‘rumah’. Thanks to me incik spiderman sebab bagi tempat untuk anda mengembangkan legasi. Ok, atas dasar faktor yang ke-3 aku ‘pause’ dulu blog ni kat sini. Kang tak pasal2 semangat aku nak update blog terkulai layu. Tata... ^_^

spiderman dengan bini dan keturunan dia yang da berjaya buat sarang kat blog ini
credit pic to mr google

Monday, August 16, 2010

Kisah puasa dan sahur...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Harapnye korang semua berada dalam keadaan baik hendaknya. Hari ni masuk hari ke-6 umat Islam menjalani ibadah puasa. Alahamdulillah, dah hampir seminggu. Hendaknya semua berjalan dengan baik. Bila masuk bulan Ramadhan je, hati jadi sayu semacam mengenangkan diri di perantauan. Mudah je hati ni tersentuh especially bile gi solat terawih. Time tu la semua kenangan ‘lalu’ kat depan mata. Macam video pun ada. 


Rasa sedih makin menjadi-jadi bile tibe time puasa dan sahur. Masa tu rasa macam air mata ni mudah je nak keluar sebab perasaan nak bersama2 ngan famili time2 macam tu sangat2 la kuat, lagi2 kalo buka puasa/sahur sorg2. Sayu semacam. Kalo ngan kawan2, perasaan tu tak rasa sangat sebab sekurang-kurangnya aku tahu dorang pun macam ak jgk. Rindu famili.

Tapi, semua perassan aku simpan dalam2. Aku tak nak jadi lemah. Aku tak nak jadi lembik. Aku nak jadi kuat. Aku sedar sebab aku berada di ‘sini’ sekarang. Sebabnya aku nak menuntut ilmu. Nak tunaikan tanggunggjawab sebagai seorang hamba kepada Penciptanya, tanggungjawab seorang anak kepada keluarga terutamanya ibu bapanya. Tak semua orang dapat peluang macam aku ni. So, aku kena appreciate semua tu sebelum ia berlalu. And i know right now that, i really appreciate my life, my family, my friends and everything around me. I hope that if one day i lost them, i won’t regret just because i don’t appreciate when they are with me.

Sampai situ je ‘bebelan’ aku kali ini. Sehingga bertemu di blog seterusnya.

All the best to all of you ~

Friday, August 13, 2010

my 1st attempt


Assalamualaikum...
diharapkan dgn 2 kalimah ini, hidup kte diberkati olehNYA
1st of all, sblm ak b'celoteh dgn lbh pnjg lg, ak nk mengucapkan syukur kepadaNYA krn tnpa izinNYA, ak xdpt menulis kat cni (mcm ayat buku teks kn?). sbnrnya hasrat utk 'berblogging' ni dah lama ada dlm hati, tp skrg bru terbuat(t'buat?mcm xsengaja buat je).


ni 1st time ak ada blog sndri dan tulis blog sndri.sblm ni ak just tgk kwn2 berblogging.dlm hati slalu jgk terfikir dan t'tanya-tanya, "best ke ada blog ni?", "apa seronoknya beblogging ni?" dan byk lg. jwpn kpd soalan2 2 ak xdpt lg sbb ak bru buat blog.so,xdpt feeling lg. ak sbnrnya takut nk buat blog sbb ak bknnya pndai sgt mengarang.lg2 buat ayat yg blh menarik minat org nk baca blog ak. blh dikatakn semua skill tu 'almost to zero'.xde langsung. tp ak nk cuba jgk. mn taw bakat yg slama ni terendam menunjukkn hasil.siapa tahu kan?

lg 1, apa yg ak harapkan dgn ada blog ini, ak dpt b'kongsi rasa, ilmu, pengetahuan dan laen2 lg. ak jgk harap xde sape2 g terase dgn penulisan. kalo korg rase ak kena byk improvekn diri ak, just say it.jgn malu2. akhir kate dr ak utk 1st post, selamat berpuasa n all da best to u. sehingga b'jumpa d lain post ~